Karipap Ketupat

karipap ketupat

Karipap ni memang kesukaan rakyat Malaysia. Ada je karipap frozen dalam peti ais ataupun kalau menyinggah ke warong kuih mesti karipap akan jadi salah satu pilihan kuih kita. Maybe not all but most of us.

Karipap ini banyak juga jenisnya dan kadang kala dikenali sebagai epok-epok. Selalunya ada karipap biasa atau karipap pusing. Ini bergantung kepada teknik ulian doh nya.

Tapi seperti biasa, daddy nak buat perubahan atau improvisation kepada karipap yang sediaada. Apa kata kali ni kita buat pula karipap anyam. Ramai mungkin rasa susah tapi bila dah tahu tekniknya senang je cuma remeh sedikit. Jom try buat kapripap anyam. Inti kali ni kita guna inti sardin ciliapi…. memang terbaik. Alang-alang dah menganyam kita panggil Karipap Ketupatlah.

Jangan lupa follow saya di ig : @daddyisthechef

Advertisements

Makan Durian Dalam Durian.

 

pulutdurian_ditc

Tri Color Sticky Rice in Durian atau lebih dikenali sebagai Pulut Durian.

Ada yang repost “Makan durian dalam durian” . Sesuatu yang menarik dan perlu dicuba. Selain menjadi tarikan untuk hiasan atas meja, ia juga memberi rasa dan impak yang lebih untuk santan dan juga pulut yang diletakkan di dalam kulit durian tersebut. Yang paling best, tak payah kotorkan pinggan.

Ramai memberi komen positif dengan kehadiran gambar pulut durian ini apabila diupload dalam IG: @daddyisthechef.

Sekarang ni masih belum FULL musin durian makanya harga durian kampung pun masih mahal lagi. itu belum lagi harga durian-durian branded. Tapi kalau tunggu lama sikit mesti harga turun. Bagi mereka yang ada kebun durian mesti tengah senyum sekarang ni…berbakul bakul boleh makan durian….Jom Beli Durian.

 

 

Roti Jala+KuihKetayap+Lempeng+KuihJayap

daddyisthechef_4in1jalaketayap

Siapa kata masakan cannot be fun? Kalau selalu ikut kebiasaan memasak lama-lama the kids akan bosan dengan presentation masakan kita. So let’s make cooking fun ok. Authenticity of the taste daddy masih kekalkan tetapi I will try my best to be creative dalam food presentation. Bukan senang nak please 2 girls + Mrs Chef.

So here is my new 4 in 1 food improvisation. Base yang digunakan adalah batter roti jala yang ditambah dengan air perahan pandan. Inti yang digunakan adalah inti kelapa yang telah dimasak dengan gula melaka dan daun pandan.

2 hidangan pertama yang dihidangkan adalah roti jala pandan yang gebu dan lembut dan juga lempeng pandan. Ini dipadankan bersama kari ayam dan kentang.

Dan 2 hidangan seterusnya adalah kuih ketayap berinti kelapa dan juga roti jala yang telah diisi dengan inti kelapa juga (jala+inti ketayap=jayap).

Simple to make but fun and creative for the kids. Moh lah cuba kalau tak dapat buat 4 in 1 at least trylah 2 in 1.

Rendang Sotong Sumbat

daddyisthechef_sotongsumbat

Secara amnya, rendang merupakan masakan minang tetapi ia merupakan hidangan yang digemari di rantau asia dan sering dihidang ketika perayaan. Selalunya rendang yang dihidangkan adalah menggunakan daging lembu mahupun ayam.

Untuk posting kali ini daddy akan kongsikan macamana daddy cuba membuat rendang sotong pula. Dan untuk menambahkan lagi nikmat makan rendang ni, daddy akan membuat sotong sumbat sebagai bahan utama rendang ini.

Nak sumbat sotong ni kita boleh gunakan pelbagai inti tapi daddy pilih inti tauhu, telur dan juga sayur bayam.

Bahan-bahan :
2 batang tauhu lembut (dihancurkan dengan garfu)
Segenggam bayam
2 biji cendawan bulat (hiris nipis)
2 biji telur
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
Cara :
Panaskan sedikit minyak, masukkan cendawan, goreng seminit. Kemudian masukkan bayam
Pukul telur bersama garam dan lada hitam Masukkan tauhu lembut hancur dalam telur.
Tuangkan telur tadi ke dalam kuali  (pisahkan cendawan dan bayam ke tepi kuali)
Kacau telur sehingga menjadi telur hancur (scramble egg). Tetapi jangan terlalu masak, biarkan telur sedikit basah.
Kemudian gaulkan sekali dengan bayam dan cendawan tadi. Masukkan dalam mangkuk.
Sumbat telur didalam sotong sehingga 3/4 penuh. Sambungkan kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk melekatkanya

Bahan-bahan untuk rendang :
4-6 ekor sotong saiz sederhana besar yang telah disumbat
2 helai daun limau purut
400 ml santan pekat
2 sudu kecil kerisik
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
4 sudu makan minyak masak
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar sebagai pes rempah :
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 batang serai – hiris nipis
10 tangkai cili kering rebus
5 biji cili padi
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara-cara :
Kisar bahan kisar sehingga sebati.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih. Masak sehingga cili masak dan garing.
Masukkan santan, asam keping dan kerisik serta daun limau purut. Masak seketika.
Masukkan sotong dan balik balik kan sotong, Untuk sotong sederhana lebih kurang 8 minit untuk masak.
Bila sotong masak, angkat sotong keluar dari kuali. Kemudian sambung masak dan pekatkan kuah rendang (ini kerana air sotong tadi keluar dan kuah  agak berair) Masak kuah sehingga pekat dan pecah minyak macam rendang yang biasa kita buat tu.
Bila dah kering boleh la tutup api dan masukkan balik sotong tadi. Siap!!
Bila nak hidang, baru potong sotong tu.