Rendang Sotong Sumbat

daddyisthechef_sotongsumbat

Secara amnya, rendang merupakan masakan minang tetapi ia merupakan hidangan yang digemari di rantau asia dan sering dihidang ketika perayaan. Selalunya rendang yang dihidangkan adalah menggunakan daging lembu mahupun ayam.

Untuk posting kali ini daddy akan kongsikan macamana daddy cuba membuat rendang sotong pula. Dan untuk menambahkan lagi nikmat makan rendang ni, daddy akan membuat sotong sumbat sebagai bahan utama rendang ini.

Nak sumbat sotong ni kita boleh gunakan pelbagai inti tapi daddy pilih inti tauhu, telur dan juga sayur bayam.

Bahan-bahan :
2 batang tauhu lembut (dihancurkan dengan garfu)
Segenggam bayam
2 biji cendawan bulat (hiris nipis)
2 biji telur
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
Cara :
Panaskan sedikit minyak, masukkan cendawan, goreng seminit. Kemudian masukkan bayam
Pukul telur bersama garam dan lada hitam Masukkan tauhu lembut hancur dalam telur.
Tuangkan telur tadi ke dalam kuali  (pisahkan cendawan dan bayam ke tepi kuali)
Kacau telur sehingga menjadi telur hancur (scramble egg). Tetapi jangan terlalu masak, biarkan telur sedikit basah.
Kemudian gaulkan sekali dengan bayam dan cendawan tadi. Masukkan dalam mangkuk.
Sumbat telur didalam sotong sehingga 3/4 penuh. Sambungkan kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk melekatkanya

Bahan-bahan untuk rendang :
4-6 ekor sotong saiz sederhana besar yang telah disumbat
2 helai daun limau purut
400 ml santan pekat
2 sudu kecil kerisik
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
4 sudu makan minyak masak
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar sebagai pes rempah :
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 batang serai – hiris nipis
10 tangkai cili kering rebus
5 biji cili padi
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara-cara :
Kisar bahan kisar sehingga sebati.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih. Masak sehingga cili masak dan garing.
Masukkan santan, asam keping dan kerisik serta daun limau purut. Masak seketika.
Masukkan sotong dan balik balik kan sotong, Untuk sotong sederhana lebih kurang 8 minit untuk masak.
Bila sotong masak, angkat sotong keluar dari kuali. Kemudian sambung masak dan pekatkan kuah rendang (ini kerana air sotong tadi keluar dan kuah  agak berair) Masak kuah sehingga pekat dan pecah minyak macam rendang yang biasa kita buat tu.
Bila dah kering boleh la tutup api dan masukkan balik sotong tadi. Siap!!
Bila nak hidang, baru potong sotong tu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s