Karipap Ketupat

karipap ketupat

Karipap ni memang kesukaan rakyat Malaysia. Ada je karipap frozen dalam peti ais ataupun kalau menyinggah ke warong kuih mesti karipap akan jadi salah satu pilihan kuih kita. Maybe not all but most of us.

Karipap ini banyak juga jenisnya dan kadang kala dikenali sebagai epok-epok. Selalunya ada karipap biasa atau karipap pusing. Ini bergantung kepada teknik ulian doh nya.

Tapi seperti biasa, daddy nak buat perubahan atau improvisation kepada karipap yang sediaada. Apa kata kali ni kita buat pula karipap anyam. Ramai mungkin rasa susah tapi bila dah tahu tekniknya senang je cuma remeh sedikit. Jom try buat kapripap anyam. Inti kali ni kita guna inti sardin ciliapiā€¦. memang terbaik. Alang-alang dah menganyam kita panggil Karipap Ketupatlah.

Jangan lupa follow saya di ig : @daddyisthechef

Makan Durian Dalam Durian.

 

pulutdurian_ditc

Tri Color Sticky Rice in Durian atau lebih dikenali sebagai Pulut Durian.

Ada yang repost “Makan durian dalam durian” . Sesuatu yang menarik dan perlu dicuba. Selain menjadi tarikan untuk hiasan atas meja, ia juga memberi rasa dan impak yang lebih untuk santan dan juga pulut yang diletakkan di dalam kulit durian tersebut. Yang paling best, tak payah kotorkan pinggan.

Ramai memberi komen positif dengan kehadiran gambar pulut durian ini apabila diupload dalam IG: @daddyisthechef.

Sekarang ni masih belum FULL musin durian makanya harga durian kampung pun masih mahal lagi. itu belum lagi harga durian-durian branded. Tapi kalau tunggu lama sikitĀ mesti harga turun. Bagi mereka yang ada kebun durian mesti tengah senyum sekarang ni…berbakul bakul boleh makan durian….Jom Beli Durian.